::>> Laman Utama arrow Tips Perkahwinan
Jumaat, 10 September 2010
Main Menu
Laman Utama
Profil Syarikat
Produk & Perkhidmatan
Tips Perkahwinan
Kalendar Aktiviti
Galeri
Pautan
Hubungi Kami
Buku Pelawat
Radio Online
Hot FM

Fly FM 
Pendaftaran Ahli





Lost Password?
No account yet? Register
Sedang Melayari
We have 12 guests online
Tips Perkahwinan
Tips Perancangan Perkahwinan PDF Print E-mail

Mengadakan majlis perkahwinan tidaklah mudah.
Namun KAMAL KANOPI ingin berkongsi tip berikut sebagai panduan kepada bakal pengantin.

PERANCANGAN PERKAHWINAN

  • Sebelum 6—12 bulan             
    >>Tentukan belanjawan anda merancang keseluruhan perbelanjaan           
    >> Menjalani kursus perkahwinan         
    >> Mendaftar di pejabat kadi       
    >> Menempah tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan

  • Sebelum 5 bulan              
    >> Menempah jurukamera           
    >> Memulakan program kesihatan dan diet seimbang         
    >> Mengunjungi pusat andaman dan pelamin untuk membuat pilihan dan tempahan        
    >> Merekabentuk/ menempah bunga telur dan barangan hantaran

  • Sebelum 4 bulan             
    >> Merancang perbelanjaan/ menempah lokasi bulan madu          
    >> Menyediakan senarai jemputan

  • Sebelum 3 bulan              
    >> Menempah kad jemputan dan set khemah kanopi           
    >> Mengunjungi pusat kecantikan         
    >> Memilih pengapit dan pengiring        
    >> Menempah pengacara majlis dan kumpulan kompang           
    >> Memilih menu dan katerer  

  • Sebelum 2 bulan   
    >> Membincangkan perjalanan masjlis dengan terperinci           
    >> Mengirim dan menghantar kad jemputan
 
Cara-Cara Mengambil Hati Pasangan PDF Print E-mail

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  • Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  • Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  • Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.

Tips mengambil hati isteri

  • Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  • Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  • Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.
  • Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  • Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.