|
SELAMAT DATANG ke laman web KAMAL KANOPI. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan pelanggan kini dipersembahkan laman web yang kami percaya akan membantu anda di luar sana mengenali KAMAL KANOPI, Jawapan Majlis Idaman Anda. KAMAL KANOPI adalah produk pertama di bawah pengurusan NUR AZAN DAGANG INDUSTRI (MA0095411-W) atau NADI. NADI didaftar pada 7 Februari 2006 atau 2 Muharram 1427H sebagai syarikat milikan tunggal oleh Encik. Nur Azan Hasan, menjawat jawatan Pengarah Urusan. Pengurusan NADI diterajui Tuan Haji Hasan Emby & Hajah Tijah Ja’afar sebagai Pengerusi Bersama. Tulang belakang NADI adalah En. Kamaruzzaman iaitu Pengurus Operasi yang dibantu oleh En. Nur Azlan sebagai Pengurus Pemasaran. Mohd Izani dan Mohd Shafie masing-masing sebagai Penyelia Kewangan dan Penyelia Pentadbiran. KAMAL KANOPI turut mendapat sentuhan Puan Rosmini Jati, seorang Perunding Hiasan yang berpengalaman dan Puan Nurlela Ghauth, Perunding Hidangan yang menerima pendedahan majlis-majlis korporat serta acara melibatkan protokol. Membina jenama KAMAL KANOPI pada peringkat awal penubuhan adalah mencabar. Strategi pemasaran dan promosi, harga khidmat yang kompetitif dan milikan aset-aset perniagaan diatur kemas. NADI perlu tangkas menempatkan diri supaya sebaris dengan pemain-pemain dalam industri khidmat sewaan alatan untuk majlis-majlis keramaian di negeri Melaka khususnya. NADI kini boleh berbangga kerana diterima oleh pelanggan sehingga ke sempadan Negeri Sembilan dan Johor. Majlis keramaian di Ayer Kuning, Muar dan Pagoh pernah menerima kehadiran kami. Acara hari keluarga, majlis keagamaan di surau-surau dan masjid negeri serta jabatan kerajaan turut tidak ketinggalan. NADI telah menerokai khidmat katering menggunakan jenama Mak Ngah Katering dan pada masa akan datang disusuli jenama @Lant is Kafe, pengendali kedai makan berkonsep gerai/ kafe. WAKTU OPERASI Bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang Hari Isnin hingga Jumaat. LOKASI PEJABAT No. C 8449, Lot 558, Km.5 Jambatan Duyong, 75460, Melaka. (Cuma 10 minit perjalanan kereta dari Bandaraya Melaka (Melaka Central) menuju ke selatan di sebelah kiri jalan utama ke arah Muar. 15 minit dari Tol Ayer Keroh atau 10 minit dari Bandar Hilir..) AKAUN SEMASA Akaun Semasa NADI adalah di Malayan Banking Berhad, cawangan Menara Maybank, Jalan Tun Perak KL dan aktif sejak penubuhan syarikat
|